30 Julai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Agong

PUTRAJAYA: Kerajaan mengisytiharkan 30 Julai depan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.