Pengenalan
RISDA Agro Sdn. Bhd. telah menubuhkan satu platform untuk memudahkan para peniaga untuk mendapatkan sumber peralatan pertanian seperti baja pertanian, racun serangga, racun kulat, serta kelengkapan pertanian yang lain. Kedai ini telah diinspirasikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Agro Sdn. Bhd. iaitu En. Daud Bin Kasa dan penubuhannya telah dirasmikan pada 11 November 2018 oleh Datuk Kamaruddin Bin Mohamed Shah.